PROGRAM ALCOHOL THINK BEFORE YOU DRINK

PROGRAM ALCOHOL THINK BEFORE YOU DRINK

Pada 19 Oktober 2023, bersamaan hari Khamis yang lalu, Program Kesedaran Alkohol “Think Before You Drink” anjuran Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Psikologi HUMS telah diadakan di SM All Saints, Kota Kinabalu.

Program ini adalah antara aktiviti yang dianjurkan di bawah Program Alkohol RMK-12, dan dianjurkan selari dengan perayaan World Mental Health Month.

Selain ceramah mengenai kesan buruk alkohol serta statistik terkini mengenai pengunaan alkohol, saringan kesihatan mental dan pameran poster turut diadakan pada masa yang sama.

Seramai 1200 pelajar dari Tingkatan 1-4 dan Tingkatan 6 telah menyertai program ini. Pihak penganjur turut berjaya menjalankan saringan kesihatan mental ke atas 650 pelajar.

Pasukan Psikiatri dan Kesihatan Psikologi HUMS berterima kasih atas bantuan dan sokongan daripada pihak pengurusan HUMS serta kerjasama SM All Saints!