SUMBER:
Saya telah melakukan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melihat perkembangan semasa projek pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS). Taklimat terkini kemajuan projek HUMS telah disampaikan oleh Pengarah HUMS, Prof. Madya Dr. Malehah Datuk Mohd Noh bersama wakil syarikat konsesi yang dilantik.
Berdasarkan taklimat dan lawatan ke HUMS, ia dijangka siap pada bulan Disember 2025 dan seterusnya bakal beroperasi pada bulan Januari 2026 dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif/rapi dan 145 buah klinik pakar.
Hospital ini juga berkonsepkan hospital pintar dan keseluruhan operasinya menggunakan sistem digital maklumat hospital lengkap.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan HUMS termasuklah khidmat rundingan dan rawatan doktor pakar, kecemasan dan trauma selama 24 jam, 2 Angiogram Suite, Magnetic Resonance Imaging (MRI), Computed Tomography (CT-scan), Wad Isolasi Komprehensif 10 katil, rawatan pesakit harian 58 katil dan hemodialisis 40 kerusi rawatan.
Dengan beroperasinya HUMS ini, ia bakal mempertingkatkan mutu pendidikan dan latihan perubatan, meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi untuk masyarakat setempat dan meningkatkan fiskal pendapatan serta ekonomi rakyat khususnya dalam sektor pekerjaan