Pada 4/2/26 (Rabu), Jabatan Perubatan Forensik telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Lawatan ini turut diserta oleh kakitangan jabatan yang diketuai oleh Ketua Jabatan JPF HUMS, Prof. Dr. Zainal Arifin Mustapha dan Ketua Jabatan Patologi HUMS, Prof. Madya Dr. Nornazira Azizan.
Ketibaan rombongan lawatan telah disambut oleh Pengarah Jabatan Kimia, Ts. Harun Ahmad dan siri taklimat dari pelbagai unit (DNA/Toksikologi) dibawah Jabatan Kimia turut diberikan.
Lawatan tersebut bertujuan bagi menambah kefahaman di dalam pengurusan sampel medikolegal, memahami fungsi unit dan instrumentasi di samping meneroka peluang kerjasama yang lebih erat.
Sesi soal jawab dan lawatan ke makmal turut diadakan bagi memahami proses kerja di Jabatan Kimia.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama dan komitmen.
Sekian,
Firdaus Fauzi
Jabatan Perubatan Forensik
Hospital Universiti Malaysia Sabah

