Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) telah menerima kunjungan hormat dari pihak Qhazanah Healthcare Sdn. Bhd pada 2 Februari 2026 (Isnin). Tujuan kunjungan ini adalah bagi mengeratkan hubungan strategik antara Qhazanah Healthcare Sdn. Bhd. dan Hospital UMS, di samping meneroka potensi kerjasama dalam bidang perkhidmatan Kesihatan serta pembangunan klinikal.
Kunjungan ini telah disertai oleh wakil pengurusan Qhazanah Healthcare Sdn. Bhd. iaitu En. Muhammad Khairulnizam bin Hasnan selaku Ketua Pegawai Eksekutif QHSB, Pn. Madihah binti Utoh Said, En. Parminder Singh dan Cik Clarice Ann Boniface. Rombongan tersebut disambut oleh Pengarah Hospital UMS iaitu Prof. Madya Dr. Hajah Malehah binti Datuk Mohd Noh serta wakil Hospital UMS yang tediri daripada Dr. Tan Ming Gui (Pengerusi JK Agensi Panel HUMS), Dr. Aizuddin Azim bin Zainuddin (Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HUMS), Dr. Siti Mariam binti Tahir (Pengurus Poliklinik UMS), Pn. Durin Edward@Doreen Kissey (Ketua Sektor Kerja Sosial HUMS) dan beberapa kakitangan lain.
Kunjungan hormat ini menjadi platform perbincangan strategik melibatkan perkongsian latar belakang organisasi, skop perkhidmatan serta potensi kerjasama dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan. Pihak Qhazanah Healthcare turut mengadakan lawatan tapak ke Poliklinik UMS bagi melihat lokasi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada ditawarkan di Poliklinik UMS. Kunjungan ini berjalan lancar dan mencapai objektif, dengan kedua-dua pihak komited meneruskan perbincangan ke arah kerjasama yang memberi manfaat bersama.
Disediakan oleh:
Urus Setia
JK Agensi Panel HUMS

