Everyone Is a Leader: From Potential to Impact
Seramai 45 peserta terdiri daripada ketua jabatan dan pegawai HUMS & FPSK telah menyertai Kursus Everyone Is a Leader: From Potential to Impact pada 9 Februari 2026 di Smart Classroom, Perpustakaan UMS anjuran Unit Latihan HUMS.
Kursus sehari ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Mohammad Shatar bin Sabran (CEO MQA) dengan pendekatan 30% teori & 70% praktikal, menekankan peranan setiap individu sebagai pemimpin dan pemula perubahan.
Melalui aktiviti “Leading the Way: Learn by Doing” di 1 Borneo Hypermall, peserta diuji di luar zon selesa dengan berinteraksi bersama masyarakat umum. Hasilnya, sumbangan sebanyak RM982.11 berjaya dikumpulkan dan disalurkan kepada Dapur Siswa UMS sebagai sokongan kebajikan pelajar.
Program ini membuktikan bahawa kepimpinan berimpak lahir melalui pengalaman sebenar, kerja berpasukan dan tanggungjawab sosial.
Unit Latihan
Hospital UMS

