Latihan kebakaran di Pusat Dialisis HUMS

Pada 15 Julai 2025, satu Latihan kebakaran diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, JKKP HUMS serta Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) di Pusat Dialisis HUMS. Latihan ini turut menunjukkan demonstrasi cara penggunaan alat pemadam api, selain itu, taklimat keselamatan bangunan juga dilakukan oleh pihak Bomba.

Pihak Bomba memberikan markah penuh kepada Pusat Dialisis HUMS dan mencadangkan agar latihan seumpama ini dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan menyatakan komitmen untuk terus memberi kerjasama kepada HUMS. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Dr. Bessima wakil Pengurusan Tertinggi HUMS kepada Jabatan Bomba Kota Kinabalu sebagai tanda penghargaan dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan latihan ini berjalan lancar dan cemerlang.

Sumber: Nazirah Mairin, Jururawat Kanan Pusat Dialisis UMS-YKN

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
hums[@]ums.edu.my
Hotline : (088) 320-0000 (212300)
www.hums.ums.edu.my

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Thursday 17 July 2025, 05:30:48.