MAJLIS SAMBUTAN WORLD CHILDREN HEALTH AWARENESS DAY 2025 MERIAH DI PUSAT ISLAM UMS

Pada 3 Jun 2025, Majlis Sambutan World Children Health Awareness 2025 anjuran Jabatan Pediatrik Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) berlangsung meriah di Pusat Islam UMS, menghimpunkan peserta terdiri daripada ibu bapa, warga universiti dan kanak-kanak dalam satu program penuh informatif dan ceria sempena usaha meningkatkan kesedaran kesihatan kanak-kanak.

Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Raman bin Noordin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS. Turut hadir bagi memeriahkan acara ialah Dr. Abdul Jabbar bin Ismail, Timbalan Pengarah Klinikal HUMS, Prof. Dr. Kew Seih Teck, Ketua Jabatan Pediatrik HUMS, serta Dr. Rishaini Elengovan, Ketua Pusat Uberisasi HUMS.

Program yang berlangsung seharian ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma dan sapuan fluorida bagi kanak-kanak. Antara tarikan utama bagi program tersebut adalah pertandingan mewarna, serta pertunjukan “Cultural Fashion Show”. Selain itu, sesi cabutan bertuah, persembahan badut, dan kehadiran "Milo truck" dan "Ice cream booth" turut menceriakan suasana.

Antara jabatan HUMS yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini ialah Jabatan Pediatrik, Jabatan Perubatan Keluarga, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Dietetik, Jabatan Pergigian, serta Pusat CHAMP. Perkhidmatan saringan kesihatan dijalankan oleh pasukan HUMS2U yang membawa khidmat kesihatan terus kepada komuniti.

Selain itu, turut memeriahkan majlis ialah penyertaan daripada KESUMBA  dan Special Olympics Sabah, yang membuka booth pameran interaktif dan memberi maklumat berkaitan sokongan kepada kanak-kanak istimewa.

Program ilmiah turut dijalankan termasuk ceramah kesihatan dan forum interaktif yang membincangkan isu-isu berkaitan kesihatan kanak-kanak yang menjemput pakar-pakar seperti Dr David Tan (Pakar Psikiatri), Pn Joanne Bernadette (Pakar Dietetik) dan Pn Elsa Francis Rajah (Terapis Pertuturan) 

Antara ceramah yang disampaikan bertajuk "Recognizing Emergency Situations among Children in Primary Care" oleh Dr Woweham Sindeh (Pakar Perubatan Keluarga) dan "Dental Care in Children" oleh Dr Rebecca Shalini (Pegawai Perubatan Pergigian) serta sesi webinar bertajuk " Child Injury Prevention" yang dikendalikan oleh Jabatan Pediatrik dengan kerjasama Malaysian Medical Association (MMA) dan Malaysian Paediatric Association (MPA) 

Dalam ucapannya, Prof. Dr. Raman menekankan bahawa program seperti ini amat penting untuk memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh dan inklusif sejak usia awal.

Majlis ditutup secara rasmi pada jam 4.00 petang dengan sesi penghargaan dan penyampaian hadiah kepada para peserta dan pemenang pertandingan.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jabatan yang terlibat serta Pusat Uberisasi HUMS atas komitmen, kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan program ini.

Sumber: 

Dr. Nurul 'Ain binti Muhammad Iskandar

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Friday 06 June 2025, 03:24:29.