Selasa, 22.04.2025
Satu sesi lawatan telah diadakan ke Hospital Papar bagi mempelajari Pelaksanaan untuk mencapai aspirasi Hospital Pakar UMS untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Hospital Mesra Ibadah.
Lawatan ini adalah kerjasama antara Hospital Pakar UMS dan Fakukti Perubatan Dan Sains Kesihatan UMS yang diketuai oleh Dr. Mohamad Hamim Bin Mohamad Hanifah (Pakar Perubatan Kecemasan), diiring oleh Pensyarah Kejururawatan, Jururawat HPUMS, dan juga turut dihadiri oleh 3 orang Pensyarah dari Universitas Muhammadiyah Surakarta Indonesia.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mempelajari pengurusan dan pelaksanaan dalam mencapai misi dan aspirasi Hospital Pakar UMS untuk diiktiraf sebagai sebuah Hospital Mesra Ibadah. Pelbagai aspek-aspek pengurusan spesifik untuk membantu dan memudahkan pesakit untuk menjalankan ibadah ketika menghadapi kesulitan di dalam kesihatan.
Program ini juga dapat mempertingkatkan kesihatan spirituality sebagai cabang utama dalam penyampaian servis kesihatan secara holistic yang cuba diterapkan di Hospital Pakar UMS. Semangat kerjasama juga dapat diwujudkan antara hospital dalam sama-sama memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit tanpa mengenepikan ibadah-ibadah ketika dalam kesakitan.
Diharapkan dengan lawatan ini dapat memberikan idea-idea dan pengalaman dalam mengurus tadbir Hospital Mesra Ibadah dan pada suatu masa nanti dapat mencapai pengiktirafan yang sewajarnya bagi Hospital Pakar UMS.