Dengan segala hormatnya Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan HUMS Bersama BHO Melati Sdn.Bhd Bil.3/2026 bertarikh 13 Julai 2026 adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa 17 lot parkir yang terletak di hadapan bangunan Primary Care Centre (PCC) dan 56 lot parkir di Zon A yang berdekatan Surau As-Syifa adalah dikhaskan sepenuhnya untuk kegunaan orang awam dan pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) mulai 1 Ogos 2026.
3. Sehubungan dengan itu, semua kakitangan HUMS khususnya adalah dilarang meletakkan kenderaan di lot parkir tersebut. Semua kakitangan hendaklah menggunakan Zon A juga tetapi parkir yang lebih jauh dari kawasan Surau As-Syifa sebagai kawasan parkir kakitangan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam mesyuarat.
4. Arahan ini adalah bagi memastikan dan mempercepatkan urusan mendapatkan rawatan, mengurangkan kelewatan mendapatkan rawatan, meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, memastikan parkir berhampiran hospital digunakan mengikut keutamaan serta menyokong perkhidmatan hospital yang cekap, selamat dan mesra pelanggan selaras dengan standard pengurusan fasiliti dan keselamatan hospital. Kemudahan parkir sentiasa mencukupi untuk kegunaan orang awam dan pesakit, di samping melancarkan aliran trafik serta meningkatkan kelancaran penyampaian perkhidmatan di kawasan PCC. Bersama-sama dengan ini disertakan Peta Parkir Kenderaan Staf dan Pesakit di Kawasan Zon Hijau HUMS seperti dilampiran 1.
Kerjasama dan pematuhan daripada semua kakitangan terhadap arahan ini amatlah dihargai. Bahagian Keselamatan HUMS akan melaksanakan pemantauan secara berkala dan tindakan yang bersesuaian boleh diambil terhadap mana-mana kenderaan yang didapati tidak mematuhi arahan ini selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
Sekian, terima kasih

