Resource:
Projek pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang dijangka siap Disember tahun depan dan beroperasi Januari 2026 akan mempertingkat mutu pendidikan serta latihan perubatan di negara ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, operasi HUMS juga akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi bagi masyarakat setempat dan fiskal pendapatan serta ekonomi rakyat khususnya dalam sektor pekerjaan.
"HUMS akan menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar perubatan dan kejururawatan, menjalankan penyelidikan perubatan dan sains kesihatan serta menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada orang awam," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.