Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan HUMS telah menetapkan aliran trafik masuk dan keluar ke kawasan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) melalui laluan Hospital UMS (HUMS) bagi tujuan kawalan keselamatan dan pemantauan pergerakan kenderaan.
Laluan dan aliran trafik baharu akan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2026, sila rujuk peta sebelum ini. Kakitangan FPSK akan menggunakan laluan masuk melalui Pintu Masuk Utama HUMS dan seterusnya mengikut laluan bulatan tasik ke Pintu Keluar Utama sebelum memasuki pintu pagar FPSK. Bagi laluan keluar dari FPSK, kakitangan hendaklah menggunakan laluan Jalan Numbak.
Waktu operasi pintu pagar FPSK dan BPA adalah seperti berikut:
a. Tutup :11.00 malam
b. Buka :05.30 pagi
Bagi hari Sabtu dan Ahad serta cuti kelepasan am, pintu pagar FPSK dan BPA akan ditutup. Sekiranya terdapat kakitangan yang ingin ke FPSK pada waktu tersebut, mereka dicadangkan menggunakan laluan 1B dan masuk melalui Pintu Masuk Utama HUMS

