Dietetic Department

This image for Image Layouts addon

Introducing
Head of Department

Joanne Bernadette John
U41

About Us

Unit Dietetik dan Sajian merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang penting dalam pengurusan rawatan pesakit di hospital. Unit ini berperanan untuk memastikan perkhidmatan dietetik klinikal dan perkhidmatan sajian serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional dan berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

Dietetik adalah bidang yang mengaplikasikan prinsip Medical Nutrition Therapy (MNT) dan penyediaan diet terapeutik yang merangkumi aspek promotif, pencegahan, rawatan dan pemulihan. Perkhidmatan dietetik klinikal di Hospital Universiti Malaysia Sabah dilaksanakan oleh Pegawai Dietetik yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Dietetik yang diiktiraf. Perkhidmatan yang disediakan adalah dalam bentuk perundingan pemakanan, perkhidmatan sokongan pemakanan dan pendidikan kesihatan pemakanan.

Manakala bahagian Sajian menyediakan makanan yang sesuai meliputi Diet Normal dan Diet Terapeutik untuk pesakit dalam. Diet Normal yang disediakan adalah berasaskan kepada pemakanan seimbang dengan perhatian yang lebih teliti ke atas sumbangan kalori dan kandungan zat-zat makanan utama manakala Diet Terapeutik adalah makanan yang diubahsuai berdasarkan penyakit dan keadaan pesakit.

Our Objective

Perkhidmatan Dietetik: Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang dengan profesional, penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

Our Vision

Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam pembangunan perkhidmatan dietetik dan sajian untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti yang berterusan.

Our Mission

Perkhidmatan Dietetik
  • Membantu dalam rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini sambil menyumbang kepakaran dalam bidang tersebut.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

OurServices

1. Konsultasi Diet Individu
2. Konsultasi Diet Berkumpulan
3. Body Composition Assessment
Isnin-Jumaat 8AM-5PM
Sabtu, Ahad, Cuti Umum TUTUP
  • Konsultasi diet individu dan berkumpulan memerlukan rujukan daripada pegawai perubatan.
  • Body composition assessment perlu membuat temujanji di talian 088-329274  (Unit Dietetik)