Minggu Kesedaran Kesihatan Seksual & Reproduktif UMS 2024

Pihak Pusat Kesihatan UMS (PKU) HUMS bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UMS telah menganjurkan program Minggu Kesedaran Kesihatan Seksual & Reproduktif UMS 2024 pada 21-22 Jun 2024 di Perpustakaan UMS, dan dirasmikan oleh TNC HEPA mewakili Naib Canselor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mahasiswa UMS serta IPTA jemputan tentang kepentingan kesihatan seksual & reproduktif. Program yang diadakan termasuklah pameran kesihatan, kuiz, saringan kesihatan HIV & kanser serviks, forum dan latihan dalam kumpulan. Seramai 130 pelajar UMS dan 15 pelajar Politeknik Kota Kinabalu telah menyertai program, dan sebanyak 53 pelajar telah disaring untuk HIV. Semoga program kolaborasi HUMS seperti ini akan lebih banyak diadakan di masa depan demi kesihatan & kesejahteraan warga UMS.