Daycare Department

This image for Image Layouts addon

Introducing
Head of Department

Siti Hafizawati Binti Jusoh
U41

About Us

Jabatan Rawatan Harian ialah satu jabatan yang memberikan perkhidmatan prosedur diagnostik dan terapeutik berjadual untuk pesakit yang tidak memerlukan pengurusan pesakit dalam. Prosedur ini termasuk prosedur pembedahan, perubatan dan endoskopik. Secara amnya, ia adalah perkhidmatan yang melibatkan prosedur di mana pesakit yang berkenaan dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Our Objective

  • Mengurangkan kesesakan hospital dan mengurangkan kemasukan pesakit dalam
  • Membolehkan pesakit pulang ke rumah pada hari yang sama selepas pembedahan dengan gangguan minimum terhadap rutin dan corak kehidupan seharian.
  • Mengelakkan kekeliruan dan penurunan fungsi yang sering dikaitkan dengan kemasukan ke hospital untuk warga tua
  • Mengurangkan kos berkaitan penginapan di hospital dan membolehkan sumber hospital digunakan bagi kes atau pesakit yang lebih memerlukan
  • Mengurangkan giliran tarikh menunggu pembedahan kerana lebih banyak prosedur pembedahan atau diagnostik boleh dilakukan pada hari yang sama 
  • Memgurangkan risiko jangkitan nosokomial
  • Menyediakan keadaan pembedahan mudah dan selesa untuk pesakit
  • Menggalakkan pemulihan awal dan mobilisasi dalam persekitaran rumah bersama keluarga mereka

Our Vision

  • Menjadi pusat dan contoh terbaik sebagai Pusat Rawatan Harian di Borneo.
  • Memberikan perkhidmatan yang efisien dan selamat kepada semua pesakit

Our Mission

  • Kerja berpasukan dan bekerjasama dengan pelbagai bidang kepakaran secara komprehensif, efisien, efektif dan selamat
  • Melatih dan membina pasukan yang profesional, kompeten, berpengetahuan, disiplin dan beretika serta berintegriti, inovatif dan kreatif.

OurServices

Perkhidmatan rawatan harian pembedahan
Perkhidmatan rawatan harian perubatan
Perkhidmatan rawatan endoskopi
Perkhidmatan rawatan onkologi (akan datang)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.