CERAH HPV Screening

27/4/2024 (Sabtu)
Program CERAH HPV screening yang ketiga pada tahun ini berjaya dilaksanakan di Klinik Kesihatan Bongkol, Pitas.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bongkol dan HUMS

Ketua program diketuai oleh Dr Janefer, pegawai perubatan HUMS, juga dianggotai oleh 2 orang anggota perubatan HUMS, RN Biana dan RN Amme. Turut disertai oleh 2 orang anggota perubatan dari KKM. Pihak HUMS telah memberikan perkhidmatan saringan serta pemeriksaan kanser pangkal rahim.

Melalui program saringan ini, pihak HUMS berjaya menjalankan saringan wanita ujian HPV DNA adalah sebanyak 27 orang. Seramai 3 orang yang telah dirujukan ke Klinik Kesihatan untuk rawatan selanjutnya.

Program ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang kesihatan diri untuk komuniti Pitas