Apa itu OHIDAS
- Boleh merekod sejarah kesihatan, rekod ubat dan alergi.
- Menyediakan diari untuk menjejaki data kesihatan peribadi seperti tekanan darah, gula dalam darah dan penanda lain yang berkaitan.
- Mampu memberikan alamat hospital terdekat sekiranya berlaku kecemasan dengan menggunakan perkhidmatan GPS pada telefon.
- Boleh merekod pelan penjagaan diri dari segi kesihatan fizikal dan mental.
Cara untuk muat turun OHIDAS
- Boleh dimuat turun melalui Android Google Playstore atau iOS App Store.
- Untuk daftar masuk, sila masukkan e-mel yang aktif. Sebarang kemas kini aplikasi akan dimaklumkan melalui e-mel. Ia juga penting untuk sebarang penetapan semula kata laluan.
- Alamat e-mel tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan selain untuk daftar masuk dan pendaftaran dan tidak akan dimajukan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran.
Garis panduan penggunaan
* OHIDAS tidak sesuai untuk menangani masalah kesihatan kecemasan seperti
sakit dada, sesak nafas, strok, sakit perut yang teruk (senarai ini tidak
lengkap dan hanya untuk panduan umum).
* Sebarang kecemasan, dail 999 atau dapatkan perkhidmatan perubatan
kecemasan alternatif dengan segera.
sakit dada, sesak nafas, strok, sakit perut yang teruk (senarai ini tidak
lengkap dan hanya untuk panduan umum).
* Sebarang kecemasan, dail 999 atau dapatkan perkhidmatan perubatan
kecemasan alternatif dengan segera.