Assistant Medical Officers Unit

This image for Image Layouts addon

Introducing
Head of Unit

Dr. Johari Daud Makajil

About Us

Unit Penolong Pegawai Perubatan HUMS merupakan satu unit dibawah sokongan klinikal yang bertanggungjawab pada Pengurusan dan Perkhidmatan Profesion Penolong Pegawai Perubatan. Unit Penolong Pegawai Perubatan HUMS juga memberi penumpuan terhadap aspek perkembangan profesion dan pengurusan klinikal ke atas profesionalisme Penolong Pegawai Perubatan terutama dalam aspek-aspek pemberian perkhidmatan promotif, preventif, diagnostik, kuratif dan rehabilitatif kepada semua lapisan masyarakat seperti yang dinyatakan dalam Akta Pembantu Perubatan (Akta 180), Peraturan dan Kod Etika.

Our Objective

  1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
  2. Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  3. Menyediakan dan menyelaras program latihan secara berterusan dan berkesan selaras dengan keperluan unit dan jabatan kepada anggota dibawah jagaan.

Our Vision

Menyediakan perkhidmatan Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision) yang kompeten dan berdedikasi kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Our Mission

Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.