Program Saringan Penglihatan dan Pendengaran di Pulau Banggi, Kudat

Program Saringan Penglihatan dan Pendengaran di Pulau Banggi, Kudat

Pada 8 hingga 9 Januari 2025 (Rabu-Khamis), pasukan Komuniti Sihat, Melihat & Mendengar dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah membuat program saringan penglihatan dan pendengaran yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di Pulau Banggi, Kudat. Seramai 38 orang murid telah menerima bantuan cermin mata penglihatan jauh dan 25 orang murid berpeluang menerima saringan pendengaran susulan program ini.

Seramai 23 org kakitangan HUMS terlibat dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta sukarelawan dari luar UMS. Program ini turut melibatkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kudat. Di samping itu, pasukan HUMS juga telah mengambil kesempatan untuk mempromosikan servis-servis yang terdapat di HUMS kepada masyarakat setempat dan dijemput untuk membuat aktiviti-aktiviti seumpamanya di masa akan datang.

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Friday 25 April 2025, 06:46:23.