PROGRAM SARINGAN PENENTUAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (PROSPER) 2024

PROGRAM SARINGAN PENENTUAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (PROSPER) 2024

Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan 3PK Sabah (Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas) KPM, telah menjemput Pusat CHAMP UMS untuk turut serta bagi menjayakan program ini. Pusat CHAMP UMS telah menyertai program ini pada tarikh 21 Julai 2024 hingga 23 Julai 2024 di Pulau Banggi dan SK Pekan Kudat 2 serta 5 Ogos 2024 hingga 6 Ogos 2024 di Dewan Tombotuon, Tambunan.

Objektif program ini adalah untuk mengesan murid yang mempunyai ciri berkeperluan pendidikan khas untuk membolehkan mereka diberikan pendidikan dan Intervensi yang bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka.

Program ini telah disertai oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Nazri bin Mohd. Daud, Prof. Madya Dr. Nicholas Pang Tze Ping, Dr Cheng Yee Hsuen, 3 orang Pelatih Psikologi Klinikal dan seorang pelajar praktikum Pusat CHAMP

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Pusat Uberisasi Kesihatan Komuniti HUMS dan pihak pengurusan HUMS atas sokongan dan peluang yang diberi.

 

 

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Sunday 17 November 2024, 05:08:48.