Program ini telah diadakan di SK Terusan Baru Pulau Bum Bum, Semporna dengan dihadiri seramai 47 orang petugas yang terdiri daripada kakitangan HUMS, Klinik Kesihatan Bum Bum, Klinik Pergigian Bum Bum, dan SEJATI (NGO).
Program komuniti pertama untuk tahun 2025 ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk sekitar Pulau Bum Bum. Seramai 240 orang penduduk telah menerima manfaat daripada perlaksanaan program ini yang meliputi aktiviti saringan kesihatan, pemberian vaksin Hexaxim, ceramah kesihatan, saringan pergigian dan sapuan florida, pemberian kacamata membaca percuma, pemberian D-worms, pemberian ubat-ubatan percuma, dan juga aktiviti kanak-kanak.
Semoga kolaborasi seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dalam membantu mempromosikan Hospital UMS kepada komuniti setempat khususnya di pedalaman negeri Sabah.
Oleh:
Hartini binti Amat Lin
Jururawat, HUMS