PROGRAM HIDUP SIHAT BERSAMA KOMUNITI

Anjuran Jabatan Perubatan Keluarga HUMS & Jabatan Radiologi Diagnostik dan Intervensi HUMS telah berjaya dilaksanakan pada 28 September 2024 di SMK Telupid.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan komuniti tentang kepentingan perancang keluarga; meningkatkan akses kepada kontraseptif berkesan; meningkatkan akses pemeriksaan ultrasound bagi penduduk yang tinggal di pedalaman Telupid, dan meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan saringan kanser payudara.

Seramai 300 pengunjung yang menjayakan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah ceramah kesihatan; Perkhidmatan Perancang Keluarga (Implanon); Perkhidmatan Radiologi; Perkhidmatan Pesakit Luar; Perkhidmatan konsultasi Jabatan Surgeri (Kanser Payudara); Derma Darah; dan Pameran Kesihatan. 

Artikel Penuh

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Tuesday 15 October 2024, 05:56:41.