Kunjungan Hormat ke Jesselton Medical Centre (JMC)

Kunjungan Hormat ke Jesselton Medical Centre (JMC)

Pada 04 Februari 2025, Timbalan Pengarah (Klinikal), Jabatan Multidisiplinary Wing, dan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan Hospital Pakar UMS (HPUMS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jesselton Medical Centre (JMC). Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan mencapai persefahaman berkenaan penempatan latihan sangkutan kakitangan Jabatan Multidisciplinary Wing HPUMS di JMC. Selain itu, kunjungan hormat tersebut turut mengetengahkan peluang kerjasama dan kolaborasi duahala di antara keduanya.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi, selain memberi nilai tambah dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kakitangan HPUMS.

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Thursday 06 February 2025, 02:27:16.