E-Buletin HUMS Isu 1/2024

Image

e-Buletin HUMS Isu 1/2024

Penerbitan e-Buletin ini merupakan usaha untuk mempromosi, memperkenal dan mewar-warkan kepada masyarakat di luar sana berkenaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), satu-satunya hospital pengajar di Sabah bumi tercinta. E-Buletin ini telah dilancarkan bersempena dengan Majlis Apresiasi HUMS (MAHUMS) 2024 pada 23 November 2024. Bagi keluaran pertama, kebanyakan artikel dipilih berdasarkan artikel yang dipaparkan di laman sosial rasmi HUMS. Untuk makluman semua, eBuletin ini akan diterbitkan sebanyak 2 kali setahun.

E-buletin sulung HUMS ini mengandungi:
  • 26 judul artikel secara keseluruhan
  • 15 artikel berkaitan aktiviti klinikal
  • 3 Aartikel berkaitan aktiviti KKRHUMS
  • 5 artikel ICT@HUMS
  • 148 foto asal
    Diterbitkan dalam 53 mukasurat
Untuk makluman juga, Penerbit UMS antara penyokong utama dalam penerbitan ebuletin ini. eBuletin ini diterbitkan di bawah Creative Common License (CC) dan boleh diakses menerusi laman web rasmi HUMS, laman facebook rasmi HUMS dan laman Open Educational Resources (OER) UMS.

Terima kasih diucapkan kepada semua 18 orang pengarang yang terlibat untuk penerbitan pertama ini dan diharapkan lebih ramai lagi yang akan terlibat untuk keluaran akan datang. Syabas dan tahniah HUMS.

Klik untuk salinan anda.
Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Monday 25 November 2024, 02:46:01.