Ceramah Taklimat Kesihatan Siri 3/2024

Ceramah Taklimat Kesihatan Siri 3/2024

Ceramah Taklimat Kesihatan Siri 3/2024 yang diadakan pada 29 Oktober 2024 di Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, telah berlangsung dengan jayanya. Taklimat ini merupakan anjuran Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF), menampilkan sesi bersama SN Francesca Francis yang membawakan topik “Tangan Bersih, Makanan Selamat” dan Prof. Madya Dr. Khalid Bin Mokti dengan perkongsian tentang “Keselamatan & Kualiti Makanan.”

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan ceramah ini. Semoga ilmu dan kesedaran yang dikongsikan dapat meningkatkan keprihatinan para pengendali makanan serta pengguna terhadap kepentingan kebersihan tangan dan jaminan keselamatan serta kualiti makanan. Bersama-sama kita wujudkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat!

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Sunday 17 November 2024, 05:08:48.