Lawatan Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak PERKESO Ke Pusat Rehab UMS

Print

Pusat Rehabilitasi UMS HUMS, telah menerima kunjungan rombongan dari Pertubuhan Keselamatan Social ( PERKESO ) pada Isnin (13 Jun 2022).

Pihak PERKESO yang diketuai oleh YBrs Datuk Hafez Hussain, Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak PERKESO, diiringi oleh Dr. Mohd Ali bin Hindia, Pengarah PERKESO Sabah, serta delegasi PERKESO yang lain.

Memandangkan keperluan Pusat rehabilitasi yang semakin meningkat keperluannya terutama di Sabah dalam membantu merawat dan memberi sokongan untuk pesakit yang terlibat dalam kemalangan mahupun penyakit tertentu untuk kembali berdikari semula.

Dengan menyedari kepentingan ini, UMS dan PERKESO bersedia untuk menjalin hubungan kolaborasi terutamanya dalam bidang yang boleh memberikan manfaat kepada pencarum-pencarum PERKESO di negeri Sabah khususnya.

Antara perkara utama yang dibincangkan bersama adalah berkenaan tentang halatuju kerjasama pusat rehabilitasi UMS HUMS dan juga pihak PERKESO. Objektif utamanya agar pencarum PERKESO di Sabah berpeluang menjalani rawatan rehabilitasi yang komprehensive di Pusat Rawatan Rehabilitasi UMS HUMS

Rombongan PERKESO turut dibawa berkunjung ke Pusat Rehabilitasi UMS HUMS di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan untuk melihat sendiri kemudahan dan perkhidmatan yang sedia ada.

Rombongan juga berpeluang melihat tapak pembinaan Hospital UMS yang hanya berdekatan dengan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UMS. Rombongan juga di maklumkan oleh Pengarah Hospital UMS iaitu Prof.Dr. Helen Lasimbang berkenaan tetang kemajuan pembinaan hospital ini. Pusat Rehabilitasi HUMS bakal ditempatkan di bangunan hospital ini kelak setelah siap sepenuhnya yang dijangka pada hujung tahun 2023.

Turut hadir bersama Prof.Dr. Helen Lasimbang (Pengarah HUMS),Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy( Timbalan Dekan Pascasiswazah FPSK), Dr. Nicholas Pang Tze Ping (Timbalan Pengarah Klinikal HUMS),  Pn. Saima Ismail (Timbalan Pengarah Kewangan HUMS), Prof.Madya Dr Khin Nyein Yein (Pakar Perubatan Rehabilitasi UMS) dan Prof. Madya Dr. Fairul Masnah@ Kadir (Timbalan Dekan Akedemik dan Antarabangsa FPSK).