Program Outreach Kem Kesihatan di Kg Layung Maliau Pitas

22 Jun 2024 (Sabtu), Jabatan Pergigian,pasukan Perubatan dan Farmasi di bawah bimbingan Pengarah Pusat Uberisasi Kesihatan Komuniti Hospital Universiti Sabah (HUMS) telah berkolaborasi dengan pasukan NGO Harmony Mesra (HM), Persatuan Pergigian Zon Timur Malaysia (MDAEZ), Hospital Papar, Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Sabah (MMA Sabah) dan Lion's Club District 308-A2 (KK Mandarin, KK Centennial, KK Vintage) telah berjaya menjalankan Program Outreach Kem Kesihatan bagi 241 penduduk di Kg Layung Maliau Pitas.

Kem Kesihatan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk saringan dan rawatan pergigian, saringan kesihatan am, pemberian ubat-ubatan, ceramah kesedaran kesihatan dan pergigian, pengedaran cenderahati bahan keperluan asas dan perkhidmatan gunting rambut.

Seramai 241 penduduk Kg Layung Maliau telah mendapat saringan kesihatan am. Bukan itu sahaja, sebanyak 188 penduduk menerima rawatan pergigian termasuk pemeriksaan gigi, saringan kanser mulut, pencabutan gigi, sapuan fluorida, tampalan gigi, dan penskeleran.

Pihak kami yakin kem kesihatan seperti ini memberi impak positif kepada penduduk Kg Layung Maliau Pitas. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dan semua kakitangan Hospital yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kolaborasi bersepadu seperti ini boleh diteruskan pada masa akan datang.