Kunjungan Hormat ke HUMS oleh pihak SIRIM Berhad

Kunjungan Hormat ke HUMS oleh pihak SIRIM Berhad

11 Jun 2024 – Tujuan kunjungan hormat ke HUMS oleh pihak SIRIM Berhad diadakan adalah bertujuan untuk menjalinkan silaturrahim dan membuka ruang kerjasama di antara SIRIM Berhad dan HUMS melalui program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, selaras dengan hala tuju negeri Sabah di samping berkongsi maklumat mengenai peranan dan aktiviti masing-masing. Kunjungan hormat ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Malehah Mohd Noh, Pengarah HUMS.

Antara kerjasama yang ingin diadakan ialah ke arah pensijilan dan akreditasi bagi MS ISO 15189:2022 Makmal Perubatan di bawah Jabatan Patologi HUMS menerusi Sektor Pengurusan Kualiti, Bahagian Pengurusan dan Operasi HUMS.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pengarah dan seluruh pihak pengurusan atasan HUMS di atas sokongan kepada usahasama ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.