Program Pelancaran Minggu Kawalan Infeksi Sempena World Hand Hygiene Day 2024

Program pelancaran minggu Kawalan Infeksi  sempena World Hand Hygiene Day 2024 peringkat Hospital Queen Elizabeth II, anjuran Unit Kawalan Infeksi Hospital Queen Elizabeth II dengan kolaborasi bersama Unit Kawalan Infeksi Hospital Universiti Malaysia Sabah. Telah diadakan pada 27 Mei 2024 bertempat di Auditorium Hospital Queen Elizabeth II.

Turut hadir bersama adalah Ketua Jabatan Unit Kawalan Infeksi HUMS Prof. Madya. Dr Sahipudin Saupin dan kakitangan HUMS seramai 15 orang terdiri daripada Infection Control Nurse, Infection Control Link Nurse dan Infection Control Link Officer.

Kolaborasi ini adalah bertujuan untuk dapat bersama-sama belajar, berkongsi idea, bertukar pendapat dan menimba pengalaman selama persiapan program sehinggalah hari perasmian, serta mengeratkan lagi silaturahim dan juga kerjasama daripada kedua-dua hospital. Diharapkan agar kolaborasi seperti ini dapat diteruskan dan dikekalkan pada masa akan datang.