Program Empowering You! Parents Workshop 2024

Program Empowering You! Parents Workshop 2024, anjuran MMA & GCKK, telah menjemput CHAMP UMS untuk membuka booth pameran pada 11 Mei 2024 bertempat di GC KK Damai. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental dan fizikal dalam kalangan kanak-kanak.

Seramai 3 Jurupulih Cara Kerja dan 2 orang Pembantu Perubatan Kesihatan telah menyertai program ini. Selain daripada ibu bapa, booth CHAMP UMS telah dikunjungi oleh pihak PPD Tuaran, doktor-doktor dari Hospital Likas, dan staf-staf KPJ. Booth Champ menyediakan kaunter saringan perkembangan kanak-kanak dan juga konsultasi perkhidmatan Champ.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Pusat Uberisasi Kesihatan Komuniti HUMS dan pihak pengurusan HUMS atas sokongan dan peluang yang diberikan