Semakan Perancangan Strategik FPSK 2024 dan Pengukuhan Kerjasama FPSK - HUMS

Semakan Perancangan Strategik FPSK 2024 dan Pengukuhan Kerjasama FPSK - HUMS

Jumaat - Ahad, 11-13 Okt 2024, Bengkel Semakan Perancangan Strategik FPSK 2024 dan Pengukuhan Kerjasama FPSK – HUMS telah dianjurkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan tujuan merangka strategi dan aktiviti kerjasama antara FPSK dan HUMS dan memperkukuh komunikasi dan kerja berpasukan dikalangan Ketua – Ketua Jabatan FPSK dan juga HUMS. Pengisian utama bengkel ini adalah berkaitan perbincangan aktiviti kerjasama FPSK – HUMS bagi pelaksanaan program untuk tahun 2024 -2025.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Pengarah HUMS, YBhg. Profesor Madya Dr. Malehah Datuk Mohd Noh, Encik Samsuidin Nurdin, Timbalan Pengarah Pengurusan & Operasi, Dr. Jabbar Ismail, Timbalan Pengarah Klinikal, Dr. Muhamad Syafiq Abdullah, Ketua Pusat Kesihatan UMS dan Dr. Rishaini Elongovan, Ketua Pusat Uberisasi Kesihatan Komuniti, HUMS.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Hospital Universiti Malaysia Sabah kerana berjaya menganjurkan bengkel ini dan buat julung kalinya Hospital Universiti Malaysia Sabah dijemput untuk terlibat sama. Pelbagai perkara yang berkaitan HUMS dan FPSK telah dibincangkan dan kedua – dua pihak bersetuju dan merancang secara bersama dalam menjayakan penganjuran aktiviti atau program pada masa akan datang.

Semoga kerjasama dan silaturrahim ini akan terus terjalin untuk kejayaan pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

KUSNADI NURDIN

Tarikh : 14 Oktober 2024

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Tuesday 15 October 2024, 05:56:41.