Program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) dan Hari keluarga Pusat Dialisis UMS-YKN 2024

Program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) dan Hari keluarga Pusat Dialisis UMS-YKN 2024

Pada 14 Julai 2024, Persatuan Kebajikan Hemodialisis, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan julung kalinya telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) dan Hari keluarga Pusat Dialisis UMS-YKN 2024 bertempat di Galeri Azman Hashim, UMS. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Hanafiah bin Ahmad Hijazi, Ketua Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Program ini turut dihadiri oleh En. Samsuidin bin Nurdin, Presiden Persatuan Kebajikan Hemodialisis UMS merangkap Timbalan Pengarah (Pengurusan dan Operasi) HUMS dan Pn. Jeanny John, Ketua Pusat Dialisis HUMS. Setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada YBrs Pn.  Nordina binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), dan En. Mohd Farhan bin Mohd Din Esekutif Kanan YKN Cawangan Sabah yang sudi meluangkan masa bersama sama menjayakan program ni.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Dr. Bessima binti Jamal, Pegawai Perubatan HUMS atas kesudian beliau  menyampaikan ceramah kesihatan.  Pihak kami juga mengucapkan terima kasih Kepada Jabatan Oftalmologi, Jabatan Pergigian, Jabatan Pembedahan, dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi yang telah turut serta membuka booth pameran dan Mini Kriss kerana telah menyediakan saringan kesihatan kepada peserta yang hadir. Jumlah peserta adalah seramai 77 orang terdiri daripada kakitangan, pesakit dan ahli keluarga.

Objektif program ini adalah untuk:

  1. Menggalakkan pemeriksaan kesihatan berkala kepada ahli keluarga pesakit untuk menyokong penjagaan holistik dengan memastikan kesihatan dan kesejahteraan penjaga mereka.

  2. Menyediakan platform untuk sistem sokongan emosi dan psikologi di antara kakitangan dan pesakit serta keluarga pesakit untuk membantu mengoptimumkan penjagaan pesakit.

  3. Meningkatkan kesedaran mengenai risiko kesihatan dan langkah pencegahan melalui pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga.

Pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan, saringan kesihatan, booth pameran kesihatan, sukaneka dan juga cabutan bertuah telah dilaksanakan.

Terima Kasih kepada pihak Yayasan Kebajkan Negara atas sumbangan tunai dan bakul makanan  kepada semua pesakit yang menjalani rawatan di Pusat Dialisis UMS-YKN. Semoga kolaborasi strategik dengan YKN akan berterusan dalam pemberian perkhidmatan rawatan kepada pesakit dialisis.

Pihak kami sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih bagi semua pihak yang telah membantu menjayakan program yang julung kali diadakan.

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Sunday 17 November 2024, 05:08:48.