26 Oktober 2024 (Sabtu), Program Kesedaran Bahayanya Penyakit Tuberkulosis (TIBI) telah diadakan di Kg Numbak, Menggatal dengan kerjasama Klinik Kesihatan Menggatal.
Pihak HUMS2U yang diwakili oleh Dr. Venus Hiew dan Dr. Nafsia, Pegawai Perubatan HUMS, RN Alhana dan RN Fazzlinda , jururawat HUMS dan En Jenos Lanneh, pemandu kenderaan HUMS telah menyediakan booth Pameran Bahayanya Merokok yang mana bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bahayanya merokok disamping memberikan pendidikan akan langkah-langkah berhenti merokok dalam kalangan penduduk Kg. Numbak.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ahsim Jamat, Pengarah Parlimen Sepanggar dan turut bersama-sama hadir ialah Dr. Noraziah Binti Bakri, Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Professor Madya Dr. Mohd. Nazri Bin Mohd. Daud, dan Pakar Perubatan Keluarga Klinik Menggatal serta kakitangan kesihatan Klinik Menggatal.
Dianggarkan seramai 80 orang telah hadir ke pameran yang disediakan. Pada program ini, pihak HUMS2U juga turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan perkhidmatan yang dibawa khas daripada Hospital Universiti Malaysia Sabah.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Uberisasi atas sokongan yang diberikan.