Program Kem Cuti Sekolah di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah, Lok Kawi. 

Program Kem Cuti Sekolah di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah, Lok Kawi. 

Pada 15 September 2024, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) di bawah Pusat Uberisasi Kesihatan Komuniti HUMS telah menerima jemputan untuk menyampaikan sesi ceramah berkaitan kesihatan mental dan menjalankan pemeriksaan saringan kesihatan bagi para peserta Program Kem Cuti Sekolah di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah, Lok Kawi. 

Seramai 10 orang petugas yang terdiri daripada Pakar Psikiatri, Jururawat HUMS dan Pelajar Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah terlibat dalam program ini. Ceramah bertajuk "Kenali Emosi Anda" telah disampaikan oleh Dr. Thong Vie Cheong, Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Psikologi HUMS, kepada 51 orang peserta yang berumur antara 8 tahun hingga 18 tahun. Selain ceramah, program ini turut merangkumi pemeriksaan saringan kesihatan, termasuk pemeriksaan tekanan darah, berat dan tinggi. Inisiatif ini jelas mencerminkan komitmen HUMS dalam mempromosikan kesihatan mental dan fizikal dalam komuniti, terutamanya di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Pihak HUMS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah  di atas kesudian menjemput pasukan HUMS dalam program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Pengurusan Tertinggi HUMS serta Pusat Uberisasi Kesihatan Komuniti HUMS atas kepercayaan dan sokongan padu yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Tuesday 15 October 2024, 05:56:41.