26 Oktober 2024 (Sabtu), Program JESDIET telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg Tondulu, Tambunan. Program ini dianjurkan oleh Unit Dietetik dan Sajian HUMS dengan kerjasama Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS. Turut serta semasa program adalah pelajar Master in Public Health FPSK & kakitangan HUMS daripada Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Jabatan Farmasi, Jabatan Radiologi, Seksyen Teknologi Maklumat & Komunikasi & Pemandu HUMS.
Dianggarkan seramai 85 orang penduduk Kg Tondulu, Tambunan dan sekitarnya telah hadir semasa program. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senam aerobik, saringan kesihatan, ceramah pemakanan sihat, sukaneka kanak-kanak & pertandingan memasak.
Objektif program ini telah tercapai dengan jayanya. Terima Kasih atas sokongan pihak Pengurusan HUMS dan Pusat Uberisasi Kesihatan Komuniti HUMS.
Hidangan sihat jadi pilihan,
Kesihatan terjamin, hidup ceria
JESDIET telah tawan Tambunan,
Seterusnya ke mana pula kita