7 Ogos 2024, Lawatan Penanda Aras Unit Penolong Pegawai Perubatan HUMS Ke Unit Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth. Seterusnya lawatan ke unit-unit penempatan klinikal PPP bagi tujuan pemantauan dan penyeliaan kakitangan PPP.
Lawatan diketuai oleh Dr Johari Daud Makajil, Ketua Unit Penolong Pegawai Perubatan HUMS dan bersama-sama meluangkan sama iaitu Dr Abdul Jabbar Bin Ismail, Timbalan Pengarah Klinikal HUMS bersama-sama Ahli Jawatankuasa lawatan yang mana disambut baik oleh Unit Pen. Peg. Perubatan Hospital Queen Elizabeth yang diketuai oleh Ketua Unit PPP HQE En Adam Lamau dan Timbalan Ketua Unit PPP HQE En Ismail Mohd Yusof bersama Penyelia-penyelia jabatan dan unit yang ikut serta semasa lawatan.
Tujuan lawatan adalah untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam aspek pengurusan Unit Penolong Pegawai Perubatan serta pendedahan kepada peserta dalam perancangan sumber manusia dan skop tugas serta peranan PPP dalam semua aspek di Unit PPP.
Terima kasih juga diucapkan kepada Pihak Pengurusan HUMS atas sokongan bagi melancarkan sesi lawatan seterusnya bagi semua staf yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.