LAWATAN MUHIBBAH PENGARAH HOSPITAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (HUMS) KE KLINIK RAWATAN WARGA, UMS KAMPUS SANDAKAN

Lawatan Pengarah HUMS ke Klinik Rawatan Warga, UMS Kampus Sandakan telah diadakan pada 21 Oktober 2024 (Isnin).  Dalam lawatan ini Pengarah HUMS telah mengadakan perbincangan dengan Prof. Dr. Abd Hamid b. Ahmad, Dekan Fakulti Pertanian Lestari berkenaan isu kesihatan pelajar dan warga FPL.  Perbincangan ini juga dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Jupikely James bin Silip (Timbalan Dekan, Pengurusan Ladang dan Hubungan Industri), Dr. Roslan Gimba (Ketua Pentadbiran), Encik Borhan bin Abdul Haya (Pengetua Kolej Kediaman Lestari), Dr. Mohamad Asrol bin Kalam (Timbalan Pengetua Kolej Kediaman Lestari) dan Encik Enstine Dodibitius (Wakil MPP).

 

Mesyuarat bersama kakitangan KRW juga telah diadakan dan seterusnya lawatan ke lokasi klinik.  Dalam lawatan ini Pengarah HUMS dapat mendengar terus daripada kakitangan yang bertugas berkenaan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan.

Image
Hospital Universiti Malaysia Sabah
88400, Kota Kinabalu, Sabah
hums[@]ums.edu.my
Hotline - (088) 320-0000 (212300)

QUICK LINKS FOR HUMS

Last Modified

  • Last Modified: Sunday 17 November 2024, 05:08:48.